Berita Terkini
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU FINALIS KDM MALAYSIA IDOL 2013
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU FINALIS KDM MALAYSIA IDOL 2013
Seperti yang kita sedia maklum, KDM Malaysia telah menganjurkan program realiti media elektronik yang dikenali sebagai “KDM Malaysia Idol 2013”. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat terbaik dari kalangan anak muda di Sabah yang benar-benar boleh menjadi “idol’ kepada golongan muda. ‘Idol’ ini bukan hanya seorang yang berupaya untuk menjadi penghibur yang berkesan tetapi juga adalah seorang yang boleh menjadi ‘agenda setter’ dalam rencana besar transformasi sosio-ekonomi bangsa.
Ujibakat program tersebut telah bermula dari 19 Januari 2013 dan akan berakhir pada 30 Mac 2013.
Sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi aktiviti dan sambil menambah elemen kreativiti program tersebut, Jawatankuasa Penganjur KDM Malaysia bersetuju mengadakan Pertandingan Mencipta Lagu 8 Finalis KDM Malaysia Idol 2013.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini , sila berhubung terus dengan Pej KDM Msia di talian 088 719 188 .
SESI UJI BAKAT KDM MALAYSIA IDOL 2013
SYARAT – SYARAT PENYERTAAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 15 – 45 tahun
3. MESTI menyanyikan lagu dalam Bahasa Kadazan, Dusun atau Murut sahaja.
4. Boleh membuat persembahan dengan menggunakan minus one, karaoke, atau alat muzik sebagai muzik latar peserta. Nyanyian terus tanpa menggunakan muzik latar juga dibenarkan ( acapela)
5. Peserta diminta untuk membawa minus one, karaoke atau alat muzik sendiri kerana pihak penganjur tidak akan menyediakan bahan-bahan tersebut.
6. Peserta DIWAJIBKAN untuk membeli satu kad SIM Celcom yang bernilai RM 8.50 (Lapan Ringgit Lima Puluh Sen sahaja) beserta dengan kredit masa bual bernilai RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) daripada gerai-gerai Celcom yang akan dibuka semasa ujibakat diadakan. Kad SIM beserta resit pembelian hendaklah ditunjukkan semasa membuat pendaftaran.Bagi memudahkan pendaftaran , sila bawa salinan MyKad anda.
7. Diingatkan bahawa kad SIM yang dibeli daripada gerai-gerai Celcom yang dibuka semasa sesi ujibakat sahaja boleh digunakan semasa pendaftaran.
8. Kad SIM beserta dengan resit pembelian tersebut boleh digunakan berulang kali untuk pendaftaran sesi ujibakat di lokasi yang berlainan.
Contoh situasi:
• Peserta A telah membeli kad Sim dan kredit masa bual Celcom di gerai Celcom yang dibuka semasa sesi ujibakat di Inanam.
• Peserta A menggunakankad SIM dan resit pembelian tersebut untuk mendaftar sebagai peserta ujibakat.
• Peserta A tidak layak untuk kepusingan seterusnya.
• Peserta A ingin mencuba sekali lagi tetapi di lokasi ujibakat yang seterusnya iaitu di Telupid.
• Peserta A hanya perlu membawa kad SIM Celcom dan resit pembelian yang telah dibeli daripada lokasi sebelumnya.
9. Peserta hanya boleh mencuba sekali sahaja di satu-satu lokasi. Sekiranya peserta ingin mencuba lagi, beliau hendaklah mendaftar di lokas iujibakat yang seterusnya.
10. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh pihak penganjur KDM Malaysia Idol 2013.
Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan ;
Abu Bakar Ella : 019 810 1530
Farrabe AB : 013 808 2711 / 016 806 9067
Pej KDM Malaysia : 088 719 188
KDM Malaysia Idol 2013
Train the Fasilitator (MYiD)
Anda berminat untuk menjadi
FASILITATOR?
Jika anda sudah bersedia untuk belajar memimpin, boleh dicabar,
berkembang, dan berkhidmat ...
sertai kami sebagai FASILITATOR untuk Program MYiD !
Kami sedang mencari BELIA KADAZAN , DUSUN atau MURUT yang berbakat dan berminat dalam program kepimpinan belia kreatif dan mempunyai semangat untuk membawa perubahan dalam diri sendiri dan membantu belia lain mengenal pasti potensi diri masing-masing.
Kami menyediakan satu program untuk anda membina kepercayaan pada diri sendiri, menyedari potensi diri yang tersembunyi, dan membangunkan kemahiran kepimpinan, di samping berpeluang meneroka gaya hidup belia UNGGUL.
Sertai program Train The Trainer untuk berpeluang berinteraksi dengan mentor yang mampu mengubah pandangan dan pemikiran anda agar dapat Pemimpin Belia yang berkaliber.
Tarikh : 22-24 Februari 2013
Tempat : Manis- Manis Resort , Ulu Kimanis
Maklumat lanjut , sila email ke :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
sila isi borang penyertaan secara online :
Malaysian Youth intercultural Dialogue (MYiD)
Malaysian Youth iNtercultural Dialogue(MYiD)
Malaysian Youth Intercultural Dialogue (MYID) ini adalah satu daripada usaha Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia) untuk memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada golongan belia Malaysia umumnya dan Sabah khasnya akan kepentingan menerima, mengurus dan meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini secara praktikal dan mampu diterjemahkan secara langsung dalam usaha membina diri mereka sendiri sebagai pemimpin generasi pewaris bangsa dan negara.
Program ini menekankan konsep latihan interaktif yang antara lainnya membincangkan isu-isu berkenaan kaedah praktikal pengurusan kepelbagaian dan model komunikasi silang-budaya yang dinamik bagi membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran tersebut secara langsung dan mudah.
Antara objektif dasar perlaksanaan MYID adalah seperti berikut:
- Membentuk generasi pemimpin pelapis KDM yang memahami aspirasi perjuangan penyatuan bangsa dan kaum berdasarkan aspirasi 1Malaysia.
- Menerapkan input-input asas pengurusan kepelbagaian dalam menghormati dan menghargai nilai, kerencaman dan kepelbagaian kebudayaan, agama dan latarbelakang penduduk di Malaysia.
- Memberikan pendedahan ilmu dan kemahiran kepimpinan dan komunikasi silang-budaya kontemporari efektif dalam masyarakat belia Malaysia dengan kepelbagaian latarbelakang yang memahami.
- Menyedar dan menyemaikan semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam memastikan pembangunan anak bangsa 1Malaysia.
- Meningkatkan keyakinan diri dan daya kreativiti golongan belia dalam menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan negara dengan aplikasi pemikiran kritikal yang sensitif terhadap suasana persekitaran yang pelbagai.
- Belia berumur 18 hingga 25 tahun
- Personaliti menarik
- Berketrampilan
Tarikh : 4- 6 Mei 2012
Tempat : Kem Bina Negara , Kundasang
Sila hubungi ;
Cik Florence Kaying
sms / telefon : +6012 825 6365
email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


