Generasi Pelapis KDM aset transformasi bangsa.
Kota Kinabalu- seramai 35 pelajar KDM daripada pelbagai institut pengajian tinggi awam dan swasta yang terdiri merasa sangat bertuah apabila diberi peluang keemasan untuk di latih sebagai pemimpin muda dalam satu program anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia di sini pada 16 – 18 Mac baru baru ini . Hasrat KDM Malaysia untuk memberi ruang kepada generasi pelapis ini untuk mendapat bimbingan dan tunjukcara dalam menjadi pemimpin telah menjadi realiti dengan pemilihan 16 Fasilitator untuk dijadikan fokal point dalam pergerakan KDM Malaysia.


Setiap peserta bengkel “train-the-facilitator” (TTF) diberikan pendedahan dan input yang sewajarnya dalam memastikan golongan ini bukan sahaja mampu memahami, malah memacu perubahan dalam mengurus kepelbagaian secara profesional dan mendalam kesannya kepada rakyat yang cintakan negara Malaysia ini. Setelah menghadiri program ini, peserta telah dapat memahami akan kepentingan menerima, mengurus dan meraikan kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini secara praktikal dan mampu kini menreka telah mampu menterjemah perbezaan budaya bangsa dan fahaman agama individu lain.
Para peserta kini telah memahami , untuk menjadi sebuah Negara maju yang terdiri daripada pelbagaian kaum, agama, budaya dan latarbelakang, sikap ethnocentricism harus di kikis. Masa telah tiba untuk memastikan perbezaan dan kepelbagaian ini bukan sekadar diterima, malah diraikan dan diwar-warkan sebagai kekuatan di sebalik kejayaan negara bangsa ini. Bengkel yang dijalankan ini menekankan konsep latihan interaktif yang antara lainnya membincangkan isu-isu berkenaan kaedah praktikal pengurusan kepelbagaian dan model komunikasi silang-budaya yang dinamik bagi membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran tersebut secara langsung dan mudah. Keyakinan diri dan daya kreativiti golongan belia dalam menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan negara dengan aplikasi pemikiran kritikal yang sensitif terhadap suasana persekitaran yang pelbagai turut
diterapkan sepanjang bengkel ini .
“Saya kini lebih memahami aspirasi perjuangan penyatuan bangsa dan kaum berdasarkan aspirasi 1Malaysia, yang memiliki daya juang, daya tahan dan daya saing serta bermotivasi tinggi dalam menjalani kehidupan dan tugasan saya di masa hadapan’ , kata Adrian Soidi, penuntut Universiti Malaysia Sabah yang kini dalam tahun 2 program sarjana dalam bid
ang Pengajian Seni Visual . Sepanjang program ini juga , para peserta disedarkan dengan kepentingan memupuk semangat kesukarelawanan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan anak bangsa 1Malaysia yang mampu mengangkat martabat negara dipersada dunia melalui penguasaan ilmu dan pengetahuan tanpa syarat dan dan mengharapkan sebarang imbuhan. Peter Anthony,Pengarah Operasi KDM Malaysia juga merupakan Penasihat Program berkata, program TTF ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal dan menyiapkan bakal fasilitator kepada program “Malaysian Youth intercultural Dialouge 2012” (MYiD) yang akan di adakan pada 4- 6 Mei 2012 akan datang .
Projek MYiD adalah program akan melibatkan belia berumur dalam lingkungan 18 sehingga 25 tahun terdiri daripada mahasiswa IPTA/S Sabah,Sarawak dan semenanjung Malaysia serta terbuka kepada belia KDM pelbagai latarbelakang. Untuk keterangan lanjut berhubung dengan program sila lawati laman sesawang www.kdmmalaysia.org

Program TTF ini dikendalikan oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, konsultan jurulatih yang diiktiraf oleh HumaNext LLC, New York, USA dalam bidang ‘Creativity & Innovation at Work’, ‘Applying Emotional Intelligence (EQ) at Work’ dan ‘Critical Conversations’. Tengku Naufal mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia dan Motivasi Diri produktif. Dr Tengku Naufal juga adalah merupakan ahli Lembaga Penasihat Pertubuhan KDM Malaysia. Beliau sering dijemput sebagai jurulatih bebas di dalam pelbagai k
ursus yang berkaitan dengan pengurusan, undang-undang & pembangunan sumber manusia.




